Monday 10 December 2012

Kerasukkan Emily Rose aka Anneliese Michel


Korang penah tgok Filem Excorcism of the Emily Rose ni x? filem ini dikatakan berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 1976. Emily dalam filem tu sebenarnya Anneliese Michel yang lahir pada tahun 1952. Kisah ni berlaku di Jerman.Dia hidup sebagai gadis yang ceria,kuat berpegang kepada agamanya (Kristian),tapi tiba-tiba hidup dia berubah pada tahun 1968,sewaktu dia berumur 17tahun,Emily rose start mengalami gangguan2 mistik, paling worst bila dia start tak kenal diri dia sapa.

Emily rose sering melihat sesuatu yang menakutkan, melihat bayang2 and terasa sering diekori malah mendakwa mendengar suara-suara ghaib yang menganggu fikirannya. Dia juga sering mengalami gangguan tidur sehingga menyebabkan lebam kelihatan di sekeliling matanya. (dasatkan keje syaitan ni).Apabila mendapat rawatan doc, keadaan emily rose semakin teruk.Akhirnya keluarga Emily rose telah mendapatkan khidmat paderi Father Arnold Renz, Pastor Ernst Alt ,setelah family dia merasakan yang emily ni diganggu oleh syaitan.

Beberapa Syaitan/Jin dikatakan telah mengawal emily dah stay kat badan emily. Hal ini di akui apabila Paderi itu telah merakamkan semasa sessi pembuangan syaitan itu di lakukan,terdapat suara2 yg garau dan kononnya mencabar paderi itu mengeluarkan dia dari badan emily....Pandai syaitan memainkan peranan dia kan? mmg dia tak akan main2 untuk menyesatkan manusia, bg meyakinkan konon agama kristian tu betul , bila paderi itu keluarkan salib and baca bible, Syaitan/jin itu buat2 rasa takut dengan Salib/boble tu...oh manis kan, pandai eh ko syaitan....

Ada satu keadaan kononnya, ada seorang makcik yang tahu Emily rose ni di rasuk so bila diberikan holly water pada Emily rose, emily rose taknak minum air tu,Emily rose jugak enggan lalu atau tengok gambar tuhan dia sendiri iaitu jesus. oh!sangat hebat lakonan ko syaitan.

Emily rose mati pada 1 Julai 1976. Dia dikatakan telah meramalkan bahawa dia akan terpisah daripada roh² jahat tersebut pada tarikh tersebut.Emily rose mati dengan berat badan 68lbs, ni kerana sesama hayatnya emily rose ni mmg tak akan makan seperti manusia biasa, dia hanya makan bnda2 kotor termasuk serangga2. Terdapat 67 luka dekat badan dia semasa kematian dia sebab menjalani upacara nak buang Syaitan durjana tu,Senang cerita memang banyak gila luka dekat badan dia,tulang dia pon sama,,betapa seksanya emily rose ni.tengok keadaan mata dia yang lebam, penyebab dia mati adalah kerana dia kekurangan air dalam badan,

 


Setelah kematian Emily Rose, Paderi yang membuat upacara pembuangan roh keatas Emily telah didakwa atas kematian Emily rose ni. semasa perbicaraan Peguambela telah memainkan pita rakaman asal dari proses exorcism tersebut dan ia telah mencipta sejarah sebagai bukti yang pertama seumpamanya di ketengahkan dalam sebuah perbicaraan. Pita rakaman tersebut juga digunakan dalam filem Emily Rose.

Sebelum perbicaraan tersebut ibubapa Anneliese telah meminta agar kubur Anneliese di gali semula berikutan pesanan yg diterima dari seorang rahib Carmelite dari daerah selatan Bavaria yang menyatakan dia telah mendapat visi yang menunjukkan bahawa mayat Anneliese masih berada dalam keadaan sempurna dan Anneliese adalah seorang malaikat dan utusan. Setelah 2 tahun ditanam, pada 25.2.1978, mayatnya telah digali semula tetapi ibubapa serta paderi² tersebut tidak dibenarkan melihat mayat berkenaan. Mayat tersebut dipindahkan ke dalam sebuah keranda yg lebih baik. Keadaan mayat tersebut tidak pernah didedahkan pihak berkuasa atas sebab² yang tidak dijelaskan.

Pada tahun 2005,2006,semua budak sekolah nak beli beg emily rose ni,,beg tu  berwarna hitam lepastu ada gambar emily rose ataupun beg nightmare before christmas,sebab masa tu movie nightmare before christmas ni famous.konon gotic sangat, smpi nak ikut2..cepat sangat kan terpengaruh..main pakai je eh beg tu tapi taktau sejarah emily rose tu ye?Sebenarnya wajah perempuan muka emo yang terpampang di beg,purse yang korang pakai tu adalah milik seorang gadis yang telah mati kerasukan.

Kesimpulan:

Syaitan/jin ni mmg wujud, diaekor ni akan cuba menyesatkan manusia dengan berbagai cara, salah satunya dalam cerita ni apabila berpura2 takut kepada jesus. sebab ape dia berpura2?sebab shaiton nak buat manusia-manusia ni percaya yang jesus tu adalah tuhan yang sebenar bukan Allah s.w.t.Kenapa shaiton buat macam tu?sebab kalau dia tak takut langsungggg,maka manusia ni akan mencari alternatif lain,iaitu islam,sebab islam adalah agama yang benar sebenar-benarnya.

http://www.youtube.com/watch?v=gpV66RB3u7s

kalo nak dengar rakaman and semasa kerasukkan, sila klik link ni



No comments:

Post a Comment

Thanks frens :D

Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...